LAPORAN MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA (JHEAA)
BERKENAAN OPEN REGISTRATION SYSTEM (OR)
Tarikh: 17 Ogos 2011
Masa: 12.30 p.m
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA)
KEHADIRAN:
1. PM Dr Wan Azhar Wan Yusoff CAIC
2. Dr Kamal Yusuh CAIC
3. Muhamad Fazli bin Abd. Halim MPP
4. Zaifatul Sarah binti Zarin MPP
5. Calvin Lee Weng Leong MPP
6. Syznee binti Alias MPP
7. Jamilah binti Mat Isa MPP
8. Norazrin binti Sarju@Hj. Mohd. Noor MPP
9. Nurul Fahana binti Abdul Pattah MPP
10. Mathan Raj a/l Suparmaniam MPP
11. Mohd. Zulwafi bin Bahaudin MPP
12. Mohamad Arif bin Roslan MPP
AGENDA:
1. Penjelasan Open Registration System (OR)
2. Peranan Penasihat Akademik (Academic Advisor)
3. Pendaftaran Kursus Secara Online dan Manual
4. Cara-cara Mendaftar Subjek Menggunakan Sistem OR
1.0 Penjelasan Mengenai Open Registration System (OR)
1.0.1 Open Registration (OR) ialah sebuah sistem di mana pelajar boleh mendaftar kursus-kursus mengikut kebolehan atau keaktifan masing-masing.
1.0.2 Program Course Structure adalah senarai kursus yang membawa kepada penganugerahan program tertentu.
1.0.3 Study Plan ialah susunan kursus yang diambil pada setiap semester untuk mendapat graduasi dan ianya fleksibel di mana setiap pelajar mesti mengambil sekurang- kurangnya 12 jam kredit tetapi dalam ‘Open System’ maksimum jam kredit yang dibenarkan adalah sebanyak 19 jam kredit. Jika aktif (contoh; Ko-kurikulum, Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab, Persatuan) boleh mengambil jam kredit kurang.
1.0.4 Kelebihan Open Registration System
1.0.5 Antara kelebihan sistem OR adalah seperti berikut:
1. Pelajar boleh graduasi lebih awal
2. Pelajar boleh merancang pelan pembelajaran sendiri
3. Pengambilan pelajar dua kali setahun
4. Pelajar boleh mengulang kursus dengan kadar segera
5. Pelajar boleh terlibat dengan program pertukaran pelajar
6. Pelajar boleh bercampur dengan program pembelajaran
1.0.6 Bagi subjek fakulti, pelajar boleh mengikuti kursus yang sama dan bercampur dengan rakan-rakan mereka yang berlainan program, tanpa mengira angkatan (batch).
Contoh: Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dari program BEP (Bachelor of Electrical Power) dan pelajar FKEE dari program BEE (Bachelor of Electrical Electronics) berada dalam satu kelas yang sama tanpa mengira batch dan mempelajari subjek fakulti yang sama iaitu kursus Circuit Analysis.
1.0.7 Bagi subjek universiti pula, pelajar-pelajar dari setiap fakulti bergabung dan mempelajari subjek universiti yang sama.
Contoh: Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA) dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) berada dalam satu kelas yang sama tanpa mengira batch dan mempelajari subjek universiti yang sama iaitu kursus TITAS ( Tamadun Islam & Tamadun Asia).
1.0.8 Di dalam Open Registration System juga, pelajar-pelajar di Gambang boleh mengikuti kursus di Pekan dan sebaliknya.
1.0.9 Pelajar-pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus juga boleh bercampur, mengikuti kursus yang gagal tersebut bersama-sama pelajar yang belum lagi mengikuti kursus tersebut.
Contoh: Pelajar yang gagal dalam kursus Applied Chemistry boleh mengikuti kursus tersebut bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang belum lagi mengikuti kursus Applied Chemistry.
1.1.0 Konsep Open Registration ini juga mengamalkan konsep First Come, First Serve, iaitu siapa cepat, dia dapat. Sekiranya tiap-tiap semester pelajar mendapat 16 jam kredit (penuh), pelajar tersebut boleh bergraduasi tepat pada masanya (on-time graduation). Tiada isu pelajar tahun akhir tidak dapat kelas, melainkan mereka tidak mendaftar pada masa yang telah ditetapkan.
1.1.1 Course Catalogue adalah satu dokumen yang sangat berguna dan penting kepada pelajar kerana ianya menyenaraikan semua kursus yang ditawarkan berserta masa dan tempat. Pelajar haruslah merujuk kepada Course Catalogue terlebih dahulu sebelum mendaftar kursus.
1.1.2 Open registration System ini memberi kebebasan kepada pelajar terutamanya kepada pelajar yang mengalami gangguan bangun tidur pada waktu pagi dengan memilih waktu petang sebagai waktu kelas mereka. Pelajar juga boleh menentukan waktu kelas yang dimahukan.
1.1.3 Bagaimanapun, pada tahun ini sistem OR ini tidak memberikan pilihan kepada pelajar untuk memilih pensyarah yang mereka sukai. Pelajar boleh memilih pensyarah pilihan mereka menjelang sistem open registration tahun hadapan, yakni tahun 2012.
1.1.4 Di dalam OR, tiada sistem baiki gred. Jika seseorang pelajar itu ingin membaiki grednya, pelajar tersebut haruslah mendaftar secara manual.
(rujuk 3.0.2 untuk Pendaftaran Manual)
1.1.5 Sistem OR juga membantu para pelajar yang aktif dan sering berkecimpung dalam bidang ko-kurikulum dan kelab persatuan seperti MPP, Kelab Persatuan Fakulti dan sebagainya.
Contoh: Bagi pelajar yang ingin bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum mulai semester 2, pelajar ini boleh mengambil bilangan jam kredit yang tidak terlalu membebankannya contohnya 12 jam kredit agar pelajarannya tidak terganggu dan pada masa yang sama boleh bergiat dengan aktif dalam bidang yang diceburinya.
1.1.6 Sistem OR juga menunjukkan pembaharuan di mana terdapat kelas yang diadakan pada waktu lunch hour (jam 1 petang). Pada petang hari Rabu juga diadakan kelas. Bagi pelajar yang tidak mengambil ko-kurikulum, boleh juga mengikuti kelas pada waktu tersebut.
2.0 Peranan Penasihat Akademik (Academic Advisor).
2.0.1 Peranan penasihat akademik ialah untuk menasihati pelajar-pelajar kursus-kursus apa yang ingin mereka ambil berdasarkan kemampuan pelajar tersebut dan juga pelan pembelajaran (study plan) pelajar tersebut.
3.0 Pendaftaran Kursus Secara Online dan Manual (Online and Manual Registration)
3.0.1 Sistem OR mengaplikasikan kedua-dua; pendaftaran secara online dan manual. Pendaftaran secara online ialah sejenis pendaftaran yang mengamalkan konsep first-come-first-serve yakni siapa cepat dia dapat.
3.0.2 Bagi mereka yang tidak berjaya atau tidak dapat mendaftar kursus yang mereka mahu secara online, mereka masih lagi boleh mendaftar kursus tersebut tetapi secara manual. Bagaimanapun, pendaftaran secara manual tetap bergantung kepada kekosongan tempat dalam kelas dan juga kelulusan daripada pensyarah yang terlibat.
3.0.3 Pendaftaran secara manual boleh dilakukan di setiap fakulti masing-masing.
3.0.4 Tempoh masa bagi pendaftaran manual adalah dua minggu sebaik sahaja kuliah semester baru bermula. Bagi pelajar yang mengggugurkan kursus (drop), dalam tempoh dua minggu tersebut, pelajar tersebut tidak dikenakan bayaran.
3.0.5 Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar tersebut menggugurkan kursus atau menarik diri (withdraw) daripada mengikuti kursus bukan dalam tempoh dua minggu tersebut, pelajar tersebut akan dikenakan denda. Di dalam transkrip mereka juga akan tertera perkataan MENARIK DIRI.
3.0.6 Bagi pelajar tahun akhir yang mengambil lebih daripada 19 jam kredit, pelajar tersebut hendaklah membuat pendaftaran secara manual dan mestilah mendapat kelulusan dekan.
3.0.7 Jumlah jam kredit pelajar bagi keseluruhan tempoh pengajiannya di universiti ialah sebanyak 130 jam kredit. Contoh; sekiranya CGPA keseluruhan pelajar tersebut ialah 2.96 bagi kelapan-lapan semester yakni selama empat tahun (kecuali Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian dengan tempoh 3 tahun setengah), pelajar tersebut boleh menambah bilangan jumlah keseluruhan jam kreditnya daripada 130 menjadi 132 dengan mengambil subjek tambahan yang meyakinkannya mampu untuk skor A. Langkah ini adalah untuk mengubah CGPA dari 2.96 (Second Class Lower) menjadi 3.00 dan ke atas (Second Class Upper) dan ini amat menguntungkan pelajar.
4.0 Cara-cara Mendaftar Menggunakan Sistem OR
4.0.1 Course Catalog
1. Langkah pertama ialah pelajar harus membuka akaun E-Community masing-masing dengan cara menaip username berserta password. Secara automatic pelajar kini berada di laman E-Community.
2. Di tab E-Community di bahagian kiri, klik pada tab yang tertera Timetable by Program ( akan tertera semasa tempoh pendaftaran bermula). Pelajar kini berada dalam Course Catalog. Terdapat satu jadual kosong. Pelajar digalakkan merancang terlebih dahulu sebelum mendaftar. Pelajar mestilah menyimpan dokumen Course Catalog masing-masing. Dokumen boleh juga disimpan dalam bentuk PDF. Tujuan penyimpanan Course Catalog ini adalah sebagai rujukan pelajar.
4.0.2 Course Result
1. Klik pada Course Result untuk mengetahui senarai kursus yang telah diambil (Registered courses).
4.0.3 Course Registration
1. Klik subjek dan pilih seksyen seperti biasa untuk mendaftar.