Sabtu, 20 Ogos 2011

Open Registration System (OR)


LAPORAN MESYUARAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
BERSAMA JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK & ANTARABANGSA (JHEAA)
BERKENAAN OPEN REGISTRATION SYSTEM (OR)

Tarikh: 17 Ogos 2011
Masa: 12.30 p.m
Tempat: Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa (JHEAA)

KEHADIRAN:
1.         PM Dr Wan Azhar Wan Yusoff                                                       CAIC
2.         Dr Kamal Yusuh                                                                                CAIC
3.         Muhamad Fazli bin Abd. Halim                                                      MPP
4.         Zaifatul Sarah binti Zarin                                                               MPP
5.         Calvin Lee Weng Leong                                                                  MPP
6.         Syznee binti Alias                                                                             MPP
7.         Jamilah binti Mat Isa                                                                      MPP
8.         Norazrin binti Sarju@Hj. Mohd. Noor                                           MPP
9.         Nurul Fahana binti Abdul Pattah                                                   MPP
10.       Mathan Raj a/l Suparmaniam                                                      MPP
11.       Mohd. Zulwafi bin Bahaudin                                                           MPP
12.       Mohamad Arif bin Roslan                                                               MPP



AGENDA:
1.         Penjelasan Open Registration System (OR)
2.         Peranan Penasihat Akademik (Academic Advisor)
3.         Pendaftaran Kursus Secara Online dan Manual
4.         Cara-cara Mendaftar Subjek Menggunakan Sistem OR

1.0       Penjelasan Mengenai Open Registration System (OR)
1.0.1    Open Registration (OR)  ialah sebuah sistem di mana pelajar boleh mendaftar kursus-kursus  mengikut kebolehan atau keaktifan masing-masing.
1.0.2    Program Course Structure adalah senarai kursus yang membawa kepada penganugerahan program tertentu.           
1.0.3    Study Plan ialah susunan kursus yang diambil pada setiap semester untuk mendapat  graduasi dan ianya fleksibel di mana setiap pelajar mesti mengambil sekurang- kurangnya 12 jam kredit tetapi dalam ‘Open System’ maksimum jam kredit yang dibenarkan adalah sebanyak 19 jam kredit. Jika aktif (contoh; Ko-kurikulum, Majlis Perwakilan Pelajar, Kelab, Persatuan) boleh mengambil jam kredit kurang.
1.0.4    Kelebihan  Open Registration System
1.0.5    Antara kelebihan sistem OR adalah seperti berikut:

            1.         Pelajar boleh graduasi lebih awal
            2.         Pelajar boleh merancang pelan pembelajaran sendiri
            3.         Pengambilan pelajar dua kali setahun
            4.         Pelajar boleh mengulang kursus dengan kadar segera
            5.         Pelajar boleh terlibat dengan program pertukaran pelajar
            6.         Pelajar boleh bercampur dengan program pembelajaran

1.0.6    Bagi subjek fakulti, pelajar boleh mengikuti kursus yang sama dan bercampur dengan rakan-rakan mereka yang berlainan program, tanpa mengira angkatan (batch).
            Contoh: Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dari program BEP (Bachelor of Electrical Power) dan pelajar FKEE dari program BEE (Bachelor of Electrical Electronics) berada dalam satu kelas yang sama tanpa mengira batch dan mempelajari subjek fakulti yang sama iaitu kursus Circuit Analysis.
1.0.7    Bagi subjek universiti pula, pelajar-pelajar dari setiap fakulti bergabung dan mempelajari subjek universiti yang sama.
Contoh: Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (FKKSA)  dan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (FKASA) berada dalam satu kelas yang sama tanpa mengira batch dan mempelajari subjek universiti yang sama iaitu kursus TITAS ( Tamadun Islam & Tamadun Asia).
1.0.8    Di dalam Open Registration System juga, pelajar-pelajar di Gambang boleh mengikuti kursus di Pekan dan sebaliknya.
1.0.9    Pelajar-pelajar yang gagal dalam sesuatu kursus juga boleh bercampur, mengikuti kursus yang gagal tersebut bersama-sama pelajar yang belum lagi mengikuti kursus tersebut.
            Contoh: Pelajar yang gagal dalam kursus Applied Chemistry boleh mengikuti kursus tersebut bersama-sama dengan pelajar-pelajar yang belum lagi mengikuti kursus Applied Chemistry.
1.1.0    Konsep Open Registration ini juga mengamalkan konsep First Come, First Serve, iaitu siapa cepat, dia dapat. Sekiranya tiap-tiap semester pelajar mendapat 16 jam kredit (penuh), pelajar tersebut boleh bergraduasi tepat pada masanya (on-time graduation). Tiada isu pelajar tahun akhir tidak dapat kelas, melainkan mereka tidak mendaftar pada masa yang telah ditetapkan.
1.1.1    Course Catalogue adalah satu dokumen yang sangat berguna dan penting kepada pelajar kerana ianya menyenaraikan semua kursus yang ditawarkan berserta masa dan tempat. Pelajar haruslah merujuk kepada Course Catalogue terlebih dahulu sebelum mendaftar kursus.
1.1.2    Open registration System ini memberi kebebasan kepada pelajar terutamanya kepada pelajar yang mengalami gangguan bangun tidur pada waktu pagi dengan memilih waktu petang sebagai waktu kelas mereka. Pelajar juga boleh menentukan waktu kelas yang dimahukan.
1.1.3    Bagaimanapun, pada tahun ini sistem OR ini tidak memberikan pilihan kepada pelajar untuk memilih pensyarah yang mereka sukai. Pelajar boleh memilih pensyarah pilihan mereka menjelang sistem open registration tahun hadapan, yakni tahun 2012.
1.1.4    Di dalam OR, tiada sistem baiki gred. Jika seseorang pelajar itu ingin membaiki grednya, pelajar tersebut haruslah mendaftar secara manual.
(rujuk 3.0.2 untuk Pendaftaran Manual)
1.1.5    Sistem OR juga membantu para pelajar yang aktif dan sering berkecimpung dalam bidang ko-kurikulum dan  kelab persatuan seperti MPP, Kelab Persatuan Fakulti dan sebagainya.
            Contoh: Bagi pelajar yang ingin bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum mulai semester 2, pelajar ini boleh mengambil bilangan jam kredit yang tidak terlalu membebankannya contohnya 12 jam kredit agar pelajarannya tidak terganggu dan pada masa yang sama boleh bergiat dengan aktif  dalam bidang yang diceburinya.
1.1.6    Sistem OR juga menunjukkan pembaharuan di mana terdapat kelas yang diadakan pada waktu lunch hour (jam 1 petang). Pada petang hari Rabu juga diadakan kelas. Bagi pelajar yang tidak mengambil ko-kurikulum, boleh juga mengikuti kelas pada waktu tersebut.

2.0       Peranan Penasihat Akademik (Academic Advisor).
2.0.1    Peranan penasihat akademik ialah untuk menasihati pelajar-pelajar kursus-kursus apa yang ingin mereka ambil berdasarkan kemampuan pelajar tersebut dan juga pelan pembelajaran (study plan) pelajar tersebut.

3.0       Pendaftaran Kursus Secara Online dan Manual (Online and Manual Registration)
3.0.1    Sistem OR mengaplikasikan kedua-dua; pendaftaran secara online dan manual. Pendaftaran secara online ialah sejenis pendaftaran yang mengamalkan konsep first-come-first-serve yakni siapa cepat dia dapat.
3.0.2    Bagi mereka yang tidak berjaya atau tidak dapat mendaftar kursus yang mereka mahu secara online, mereka masih lagi boleh mendaftar kursus tersebut tetapi secara manual. Bagaimanapun, pendaftaran secara manual tetap bergantung kepada kekosongan tempat dalam kelas dan juga kelulusan daripada pensyarah yang terlibat.
3.0.3    Pendaftaran secara manual boleh dilakukan di setiap fakulti masing-masing.
3.0.4    Tempoh masa bagi pendaftaran manual adalah dua minggu sebaik sahaja kuliah semester baru bermula. Bagi pelajar yang mengggugurkan kursus (drop), dalam tempoh dua minggu tersebut, pelajar tersebut tidak dikenakan bayaran.
3.0.5    Walaubagaimanapun, sekiranya pelajar tersebut menggugurkan kursus atau menarik diri (withdraw) daripada mengikuti kursus bukan dalam tempoh dua minggu tersebut, pelajar tersebut akan dikenakan denda. Di dalam transkrip mereka juga akan tertera perkataan MENARIK DIRI.
3.0.6    Bagi pelajar tahun akhir yang mengambil lebih daripada 19 jam kredit, pelajar tersebut hendaklah membuat pendaftaran secara manual dan mestilah mendapat kelulusan dekan.
3.0.7    Jumlah jam kredit pelajar bagi keseluruhan tempoh pengajiannya di universiti ialah sebanyak 130 jam kredit. Contoh; sekiranya CGPA keseluruhan pelajar tersebut ialah 2.96 bagi kelapan-lapan semester yakni selama empat tahun (kecuali Fakulti Sains Komputer & Kejuruteraan Perisian dengan tempoh 3 tahun setengah), pelajar tersebut boleh menambah bilangan jumlah keseluruhan jam kreditnya daripada 130 menjadi 132 dengan mengambil subjek tambahan yang meyakinkannya mampu untuk skor A. Langkah ini adalah untuk mengubah CGPA dari 2.96 (Second Class Lower) menjadi 3.00 dan ke atas (Second Class Upper) dan ini amat menguntungkan pelajar.

4.0       Cara-cara Mendaftar Menggunakan Sistem OR
4.0.1    Course Catalog
1.         Langkah pertama ialah pelajar harus membuka akaun E-Community masing-masing dengan cara menaip username berserta password. Secara automatic pelajar kini berada di laman E-Community.
2.         Di tab E-Community di bahagian kiri, klik pada tab yang tertera Timetable by Program ( akan tertera semasa tempoh pendaftaran bermula). Pelajar kini berada dalam Course Catalog. Terdapat satu jadual kosong. Pelajar digalakkan merancang terlebih dahulu sebelum mendaftar. Pelajar mestilah menyimpan dokumen Course Catalog masing-masing. Dokumen boleh juga disimpan dalam bentuk PDF. Tujuan penyimpanan Course Catalog ini adalah sebagai rujukan pelajar.
4.0.2    Course Result
1.         Klik pada Course Result untuk mengetahui senarai kursus yang telah diambil (Registered courses).
4.0.3    Course Registration
            1.         Klik subjek dan pilih seksyen seperti biasa untuk mendaftar.

Selasa, 2 Ogos 2011

Ramadhan Al-Mubarak


Bulan Ramadhan adalah bulan yang terlalu banyak kelebihannya. Di dalamnya terdapatnya malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan. Pada bulan tersebut Allah membuka pintu Syurga, menutup pintu Neraka dan mengikat Syaitan-syaitan untuk memberi peluang kepada manusia membersihkan diri mereka sebersih-bersihnya.
Gembira Dengan Peluang Keemasan Ramadhan
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Qur'an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar". [al-Qadr: 1-5]
Dalam surah ini kita melihat kelebihan malam al-Qadar iaitu;
Ia merupakan malam penurunan al-Quran. Menurut Ibnu 'Abbas; penurunan yang dimaksudkan ialah penurunan al-Quran secara sekaligus dari Luh Mahfudz ke Baitil-'Izzah yang terdapat di langit dunia/ pertama. Setelah itu barulah diturunkan berperingkat-peringkat kepada Rasulullah s.a.w. selama 23 tahun.
Beramal pada malam al-Qadar lebih baik dari beramal selama seribu bulan (iaitu 83 tahun 4 bulan) yang tidak terdapat di dalamnya malam al-Qadar.Pada malam itu, Jibril dan juga para malaikat turun ke langit dunia atau ke bumi dengan membawa kebaikan dan keberkatan yang ditetapkan Allah untuk tahun tersebut hingga datang malam al-Qadar berikutnya.
Menurut Imam Ibnu Kathir; "Banyaknya malaikat yang turun pada malam al-Qadar adalah kerana banyaknya keberkatan malam tersebut. Para malaikat turun bersama turunnya berkat dan rahmat sebagaimana mereka turun tatkala mendengar bacaan al-Quran, mereka melingkungi halaqah-halaqah zikir dan mereka membentangkan sayap-sayap mereka kepada orang yang keluar mencari ilmu untuk membesarkannya."
Malam al-Qadar itu penuh dengan kesejahteraan hingga terbit fajar, yakni; pada malam tersebut Allah tidak mentakdirkan melainkan perkara-perkara yang baik, selamat dan sejahtera. Ada ulama' berpendapat; pada malam al-Qadar itu para malaikat yang turun akan mengucap salam kepada sekelian orang beriman yang mereka temui sama ada lelaki atau perempuan.
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan."[Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.]
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا"Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan"[Riwayat Ibnu Abi Dunya]

Isnin, 11 Julai 2011

MechaPro Shell Eco Marathon Asia 2011

video

Shell Eco Marathon Asia 2011 ataupn SEM Asia 2011 telah mempamerkan kretiviti mereka melalui sbuah jentera yang telah direkabentuk dan dihasilkan yg diberi nama LELA RENTAKA. Jentera ini bertemakn  sebuah meriam kecil yg wujud sejak zaman kesultanan Melayu dahulu telah menunjukn kehebatan nya apabila ia mampu bersaing dan beraksi dengan jentera-jentera lain di Litar Sepang pada  6 hingga 9 Julai yg lalu. Pasukan yg diketuai oleh Muhamad Solehin Daud ini telah berjaya menaikkn nama UMP setelah menduduki tempat ke-3 dalam kategori prototype dgn gasoline sbg energy source. Dan dalam masa yg sama mereka berjaya mengalahkan pasukan dari Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah, Multimedia University dan Unversiti Teknologi Curtin Sarawak.

Kejayaan mereka dinilai melalui jarak dengan penggunaan minyak yg telah dibekalkan dan hasil nya Lela Rentaka mampu bergerak sejauh 155km/liter. Rahsia kejayaan mereka adalah melalui jentera mereka yg mana mereka menggunakan aluminium sbagai chasis utama dan mngunakn enjin jenis Subaru Robin sbg enjin utama. Selain itu semangat kerjasama yg telah ditonjolkan oleh mereka dalam menyiapkan jentera tersebut turut mmbantu. Berat keseluruhan jentera tersebut termasuk dengan pemandu iaitu Mohd Muzammil adalah kurang daripada 90kg. Tahniah buat pasukan MechaPro Shell Eco Marathon. 




LELA RENTAKA 

































Selasa, 5 Julai 2011

EIMA Race 2011

video


EIMA Race 2011 ataupn Educational Inovative of Motorsport Automotive Race merupakan second event yg melibatkan team UMP Runner setelah mereka menyertai IPMA Race 2011 pd 10 hingga 12 Jun yg lalu. Pada 1 & 2 Julai baru-baru ini telah berlangsungnya EIMA Race 2011 anjuran Universiti Teknologi Malaysia telah diadakan di Litar Dato Sagor, Kg Gajah, Perak. Cabaran mereka melalui pertandingan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu sains fizik, aerodinamik, rekacipta, pembuatan,seni grafik, kepimpinan , merancang kewangan, praktikal dan sebagainya selain daripada untuk mencapai objektif pertandingan ini sendiri iaitu untuk memberi lebih pendedahan kepada sukan permotoran.
Dengan penglibatan seramai 12 orang pelajar dari Fakulti Kejuteraan Mekanikal, UMP Runner Team kini telah hampir sampai ke kemuncak penentuan kejayaan. Bermula dari peringkat merekacipta rangka kereta iaitu chassis, arm, knuckle, serta memastikan segala system brek , system suspensi, dan enjin berfungsi dengan sempurna. Pada 2010 pasukan UMP Runner telah mendapat sumbangan dari MODENAS yang berupa 1set enjin Modenas 128 GT dan pada tahun ini pasukan ini turut mendapat tajaan dari UIE Solution SDN BHD, Mecip Global sdn bhd, dan juga dari Pengkalan Offshore.
Sebanyak 33 buah institusi tinggi telah menyertai EIMA Race yg telah diadakan pada tahun ini dan sebanyak 42 buah jentera yg telah dipertaningkan. Kemenangan pada tahun ini tidak berpihak kepada pasukan UMP Runner kerana mengalami kerosakan teknikal semasa perlumbaan terakhir. Ia berpunca daripada salah satu pendakap tanki minyak utama telah patah semasa perlumbaan. Akhirnya pasukan ini meduduki tempat ke13 dalam acara keseluruhan. Sebelum kejadian tersebut, UMP Runner berjaya menduduki antara yg teratas selepas berjaya melepasi setiap ujian yg dijalankan.