Khamis, 16 Jun 2011

IPMA Race 2011




Institut Pengajian Mara Race (IPMA Race) 2011 anjuran Institut Kemahiran Mara Jasin (IKMJ)  baru saja berlangsung di Melaka International Motorsport Circuit (MIMC), Melaka pd 10 - 12 Jun 2011 yang lepas.  Pasukan UMP Runner telah menjadi salah satu pasukan yg mendapat jemputan untuk menyertai perlumbaan tersebut. Sebanyak 20 pasukan telah menyertai acara tersebut kebanyakannya daripada Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Giat Mara dan juga dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM). 

Pertandingan ini hampir menyerupai EIMA race yg dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dimana kedua-dua pertandingan ini meminta setiap pasukan dari institusi pengajian tinggi utk membina sbuah kereta lumba yg menggunakan enjin motosikal yg tidak melebihi 131cc. Setiap pasukan akan dinilai melalui presentation, acceleration & braking, manuver, qualifying, dan final race dan pasukan juara dipilih melalui jumlah markah yg terkumpul.  






 






























Tiada ulasan:

Catat Ulasan