Ahad, 26 Jun 2011

PERODUA Eco-Challenge 2011 (PEC 2011)


MIMC Ayer Keroh Melaka telah dimeriahkan pula dengan Perodua Eco-Challenge 2011 pd 25 Jun 2011 yg telah melibatkan lagi penyertaan dari pelajar pelajar fakulti kejuruteraan mekanikal Universiti Malaysia Pahang. Dalam pertandingan ini, setiap pasukan yg menyertai akan dibekalkan 1set enjin lengkap dgn set tranmisi dan juga budget dari pihak Perodua. Tujuan utama pertandingan ini dianjurkan oleh Perodua adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar dalam membina kereta dengan beberapa faktor berkaitan seperti pengurangan berat dan pengubahsuaian enjin yg memberi kesan kpd pengunaan minyak. Pasukan UMP yg diketuai oleh Nurul Faraheen Abd. Latif telah membina sebuah kereta yg bermotifkan harimau Malaya dan diberi nama Saber untuk ke pertandingan tersebut.

PEC 2011 melibatkan 3 kategori pertandingan iaitu pemanduan paling jauh dgn 0.5 liter minyak Petronas Primax Xtra 95, kejuruteraan dan  reka bentuk & penyertaan yg mana akan juara untuk setiap kategori membawa pulang hadiah sebanyak Rm20,000 , Rm10,000 dan Rm 5,000. UMP berjaya menjuarai dalam kategori rekabentuk diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara. Bagi kategori kejuruteraan dijuarai oleh Universiti Teknologi Malaysia diikuti oleh Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur. Dan juara bagi kategori pemanduan paling jauh adalah Politeknik Ungku Omar dgn jarak 24.7km diikuti Universiti Industri Selangor dgn jarak 19.1km dan Universiti Sains Malaysia dgn jarak 17.4km. 

































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan