Isnin, 21 Mac 2011

ANNUAL GRAND MEETING (AGM) MECHAPRO 2011/2012

Pada 16 Mac 2011, MechaPro mengadakan Annual Grand Meeting atau lebih dikenali sebagai AGM untuk sesi 2011/2012. Program telah bermula tepat pada 1.00 petang dan telah dihadiri oleh Mantan-mantan MechaPro sesi 2010/2011, Kepimpinan terbaru MechaPro 2011/2012, wakil MPP, pelajar-pelajar FKM dan tidak lupa juga En. Faizal dalam menjayakan majlis tersebut.



















Majlis ini berlangsung dengan dipengerusikan oleh mantan timbalan presiden Saudara Zafrullah. Beliau telah membentangkan semua program-program yang telah diadakan oleh MechaPro sepanjang penglibatan beliau dalam sesi 2010/2011 dan seterusnya belanjawan kelab sepanjang sesi 2010/2011. Majlis seterusnya diteruskan oleh mantan presiden saudara NorMazuan atau lebih dikenali sebagai Mamu dengan sepatah dua kata sebelum disambung oleh presiden baru MechaPro 2011/2012, Saudara Hakimi. Beliau telah memperkenalkan kabinet dibawah nya sebelum membentangkan aktiviti yang direncanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan