Khamis, 21 April 2011

Study Week..

Assalamualaikum & Salam Sejahtera




Peperiksaan akhir semester atau dengan nama saintifik nya final exam akan menjelang tiba dan masa yang kita ada sekarang ini hanya kurang dari seminggu sahaja lagi. Sudahkah semua pelajar FKM semua bersedia untuk menghadapinya. Sudahkah kesemua subjek yang ada sudah habis diulangkaji. Mungkin ada dalam kalangan kita sedang menikmati minggu ini dengan melayan buku-buku, nota-nota, assignment, dan tutorial sebagai persiapan untuk menghadapi final exam. Dan ade juga yang hanya melayan drama-drama dan juga movie sepanjang minggu ini. Tapi mungkin mereka ade strategi mereka sendiri untuk dalam menguruskan masa mereka dengan sebaiknya. 


Pesanan kami dari MechaPro beringat-ingat lah sebelum kita menyesal di kemudian hari dan manfaatkan masa yang kita ada ini dengan cara yang berhemah. Study secara smart lebih bagus untuk dipraktikkan daripada study hard. Akhir kata  sama-sama lah kita berdoa semoga semua pelajar FKM dapat menghadapi peperiksaan semester ini dengan jayanya dan FKM dapat mencapai semula kegemilangan yang telah hilang.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan